Adv.1

Showing posts with label Parlimen Kuala Langat.. Show all posts
Showing posts with label Parlimen Kuala Langat.. Show all posts

Sunday, January 20, 2013

Undi BN - Anda Selamat : India Morib Bantah Calon PAS di DUN Morib, Selangor untuk PRU 13.



Calon pas di tolak mentah-mentah oleh pengundi di DUN MORIB, SELANGOR.

Habislah PAS nanti Di Dun Morib Kaum India sedang buat TOLAK HASNUL daripada Jadi Calon Dun Morib Pada Pru 13 nanti.Padan muka kau PAS.... 


Komen Admin - Kekalkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tuan Hj. Hasiman Bin Sidom sediada daripada UMNO/ Barisan Nasional. Tambahan pula, kerusi DUN Morib adalah 'Kubu Kuat'  UMNO dan Barisan Nasional.  Tak payahlah pihak Pakatan Rakyat  menyibuk sangat tentang kerusi DUN Morib ini. Wakil Rakyat UMNO/BN telah terbukti  khidmatnya kepada rakyat buat sekian lamanya semenjak zaman Dato' Haron idris, Bekas Menteri Besar Selangor.  Rasanya selama ini tidak ada masalah besar di dalam Kawasan DUN Morib yang terbukti maju dengan  keharmonian rakyatnya yang majoritinya orang Melayu.  Terdapat  pelbagai Kemudahan asas dan institusi pengajian tinggi serta Kolej Latihan yang ternama serta sekolah berasrama penuh seperti Kolej Matrikulasi Selangor, Kolej Vokesional Kuala Langat, IKBN, Kolej Komuniti, SMS Banting, Kolej Darul Quran dll. Tahap prestasi pelajaran di sekolah menengah dan rendah adalah di dun Morib adalah sangat tinggi. 

Sedangkan di dalam pentadbitan kampung tradisional, Kg. Kanchong Darat sebagai contohnya, selalu mendapat anugerah Kampung Terbaik di peringkat Negeri Selangor dan Kebangsaan. Kampung ini sangat produktif akan penduduknya yang sangat terkenal dengan produk kampung, homestay dan lain lain aktiviti yang tersohor akan kegemilangannya.  Kanchong Darat juga antara Kampung Tradisional yang terbesar di negara ini hasil daripada muafakat masyarakatnya serta keprihatinan Wakil Rakyatnya yang sudah pasti daripada UMNo dan Barisan Nasional.

Oleh yang demikian, tak payah pihak PR bercita cita hendak menawan Kerusi DUN Morib bak kata pepatah  seperti tikus membaiki  labu. Sudah elok dan makmur, jangan menongkah arus lagi....terimalah seadanya. Kita sokong calon BN sudahlah.  Telah terbukti akan khidmat ADUN drpd BN di DUN Morib dulu, kini dan selamanya. in Syaa Allah. Amin. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...