Adv.1

Showing posts with label noh omar. Show all posts
Showing posts with label noh omar. Show all posts

Friday, November 9, 2012

Peruntukan Besar bagi Petani dan Nelayan - YB Datuk Seri Noh Bin Omar


Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) menubuhkan sebuah jawatankuasa pemantau bagi memastikan peruntukan besar kerajaan sampai kepada nelayan, petani dan penternak.
Menterinya, Datuk Seri Noh Omar berkata peruntukan besar itu tidak bermakna jika ia tidak sampai dan dinikmati oleh golongan sasar kerana masalah birokrasi.
Dalam belanjawan 2013 MOA diperuntukkan RM5.8 bilion dan daripada peruntukan itu RM2.4 bilion sebagai insentif kepada golongan tersebut, katanya.
"Saya yakin dengan mengatasi birokrasi tiada sebab petani, nelayan dan penternak tidak akan menyokong kerajaaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang," katanya sewaktu berucap pada perhimpunan peladang, penternak dan nelayan peringkat negeri Kedah dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pantai Merdeka, 30 km dari sini, hari ini.
Turut hadir timbalan beliau yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan negeri Kedah, Datuk Wira Mohd Johari Baharom, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanifah, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, dan Pengerusi Lembaga Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan Kedah, Datuk Badri Yunus.
Perhimpunan itu dihadiri kira-kira 15,000 orang.
Noh juga berkata kementeriannya membenarkan nelayan memperbaharui lesen mereka sehingga tempoh tiga tahun bagi mengatasi masalah pemberian elaun sara hidup dan kad subsidi minyak setelah menerima banyak aduan berhubung tempoh hidup lesen setahun yang menyukarkan mereka.
Selain itu, petani juga boleh menolak dan menuntut kontraktor membayar ganti secara tunai sekiranya racun dan baja lewat dibekalkan kepada mereka.
Mengenai peruntukan RM300 juta di bawah program bantuan membina dan membaik pulih rumah nelayan, Noh berkata RM100 juta telah dibelanjakan termasuk RM7 juta dinikmati nelayan Kedah.
Beliau berkata kementerian juga telah membelanjakan RM50 juta untuk melaksanakan Skim Insurans Takaful Nelayan yang menawarkan pampasan sehingga RM100,000 bagi kes kematian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...